Salam. Diam tak diam, sekolah aku sudah berumur 30 tahun. Baru-baru ini sambutan di buat di sekolah aku dimeriahkan oleh guru-guru kami, senior junior dan sahabat handai.
Agak terkilan sedikit tidak dapat turut serta, terutama apabila kelihatan ramai guru-guru lama kami yang hadir. Apa yang penting, doa untuk semua guru tidak dilupakan, jasa mengajar anak Muslim menjadi manusia yang berguna. Terima kasih Cikgu semua.
Sekolah Halamanku
Banyak perkara berubah rupa,
Mengingatkan aku pelbagai perkara,
Suka duka riang gembira,
Di mana tersimpan beribu rahsia.
Teringat al-kisah suasana silam,
Terpaksa berusaha di dalam diam,
Semua perasaan terpaksa dipendam,
Asalkan ibu tidak bermuram.
Susah payah ditanggung sendiri,
Untuk berdikari menyara diri,
Terkadang terpaksa malukan diri,
Untuk rezeki dan juga simpati.
Banyak silap dan banyak salah,
Semata tidak mengaku kalah,
Begitu kiranya adat bersekolah,
Bukan tempat untuk berkelah.
Tempat itu banyak mengajar,
Bagaimana berlari juga mengejar,
Bermacam cara tunjuk ajar,
Jangan sekali terkurang ajar.
Sesekala terkenang sekolah halaman,
Teringat sungguh teman dan rakan,
Ramai bersopan dan sepengalaman,
Aneka angkara jadi tauladan.
Doa guru takkan dilupa,
Jasa membimbing anak bangsa,
Ibarat mereka satu keluarga,
Tak pernah jemu menegur kita.
Cemburu masa mencelah kita,
Untuk bersua bertentang mata,
Tugas menanti hari yang sama,
Takdir Ilahi penentu segala.
Salah dan silap pinta maafkan,
Guru semua, rakan dan taulan,
Ada terambil ada termakan,
Harap-harap dapat halalkan.
Begitu kisah dahulu kala,
Mengajar kita mencari pahala,
Sesekali tidak menjadi alpa,
Halaman bermula serumpun PERMATA.
Begitulah kisahnya hidup di sekolah itu, kekadang tersenyum sendiri mengingatkan kisah silam yang banyak mengajar aku menjadi manusia. Adakalanya perjalanan ketika itu ditempuh begitu saja semata-mata untuk pengalaman.
InsyaAllah, kalau ditanya semua mereka, sebilangan besar tentunya merindui zaman itu, zaman kita belajar mengenal masalah, mengenal susah, mengenal kawan, mengenal kesalahan, mengenal kebaikan dan mengenal kegembiraan. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang seumpama itu, kehidupan di situ memang inspirasiku.
Al-Fatihah juga kepada guru-guru, rakan-rakan, kenalan-kenalan yang telah meninggalkan dunia ini, semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.
Tidak lupa, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku. You guys memang best!
Nota : Aku adalah bekas pelajar sekolah ini (1984-1988), berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dari Sekolah California State di Sacramento. Tanpa pertolongan Allah SWT, IbuBapaku, guru-guru dan kawan-kawan, aku tidak mungkin selangkah ini. Terima Kasih.