Thursday, October 28, 2010

Musim Haji

Apabila tiba hari Jumaat, aku mesti akan teringat antara keistimewaannya iaitu Perhimpunan Umat Islam di merata-rata masjid. Tidak lama lagi, perhimpunan manusia akan berlaku lagi di Makkah Mukarramah iaitu setahun sekali.

Kepada yang berkemampuan mengerjakannya, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diredhai Allah SWT. Kepada yang masih tidak mampu, dan begitu juga mereka yang akan mengerjakan haji tidak lama lagi, sama-samalah kita sentiasa meningkatkan keimanan kita walau di mana kita berada.

Yang penting, sama-sama lah kita menyiapkan diri untuk hari kebangkitan kelak. Sekian, tazkirah saya pada hari Jumaat yang mulia ini. Jom Pi Masjid...

Link

Aku baru masukkan link-link website yang aku terlibat untuk memudahkan aku supaya semuanya aku letak 'In One'. Tujuan aku lebih ber'online' ini adalah lebih mudah aku menyimpan banyak mende daripada disimpan di'hard-disk' atau storage2 yang tak berapa konsisten.

Walaupun aku tak ada follower, mana lah tau satu hari nanti cucu-cicit aku akan 'follow' aku, harap-harap begitu lah, bukan sekadar follow saja tapi sekurangnya aku tak hilang dari ingatan mereka dan mereka akan sentiasa sedekahkan aku apa yang sebaiknya. Sekarang zaman dah berubah, maybe dorang takde masa nak belek2 album lagi mcm zaman kita dulu2.

So, what can I say.... enjoy...

Idea

Idea. Mana pergi idea aku hari ni, rasa nak menulis tapi tak datang idea. Biasanya idea datang bila aku sedang memandu sorang2 atau semasa aku tgh 'riding'. Cerita macam motosikal kuasa tinggi lagaknya.

Bercerita pasal motor. Tiba-tiba datang dah idea aku nak menaip. Motosikal memang sesuatu yang istimewa. Sebagai salah seorang penunggang motosikal di Malaysia terutama di KL, aku memang cukup seronok ketika masa balik dan pergi kerja. Soal 'jam' jarang menjadi masalah walau ada ketikanya bila kereta jam, kami pun turut join jam diorang. Semua itu bergantung kepada kepakaran kita untuk 'mencilok' kereta-kereta yang tgh jam.

Antara yang paling suspen dan aku tak gemar ialah apabila 'mencilok' di sebelah kenderaan berat atau kereta-kereta mewah (kesian pulak kalau tercalar, bukan murah nak beli).

Apa yang penting, biarpun agak kurang selesa bermotosikal ni, tapi aku banyak jimat masa. Mungkin kalau ada rezeki satu hari nanti, boleh lah aku upgrade sikit motor aku kepada yang berkuasa tinggi. Memang itu pun impian aku sejak kecik lagi tapi masih tak kesampaian. Apa-apa hal, aku mesti dahulukan keperluan keluarga aku dahulu sebelum aku penuhi impian aku (tak tau la sampai bila tapi keazaman kena ada).

Oklah, to my darling, doa2kan la I dapat motor besar someday.

Wednesday, October 27, 2010

Bahasa Johor

Orang selalu kaitkan bahasa dengan bahasa atau loghat Utara atau Pantai Timur, sedangkan di Malaysia ni banyak loghat dan bahasa mengikut negeri masing-masing. Bahasa orang Johor memang jarang sekali digunakan di luar Johor tidak seperti bahasa negeri-negeri yang lain.

Aku kalau dok KL ni susah kalau nak berbahasa Johor tetapi bila je jejak kaki ke-Johor, aku secara automatik akan terguna bahasa Johor. Antara yang aku boleh recall kat sini:

Robok - Almari
Pegang - orang sebut pey-gang
Kelisa - malas
Genyeh - macam gosok mata
Meleset - bukan ekonomi meleset tetapi sesuatu perbuatan (susah nak explain)
Banyak lagi sebenarnya, cuma aku takleh nak recall sekarang

Begitu lah bahasa, ada yang kita tau maksudnya tapi nak translate susah sikit.
Walau macam manapun, aku rasa memang takleh lawan bahasa timur atau utara, mmg terlalu banyak 'vocabulary' yang digunakan.

Apa2 pun, janji kita paham sudah kira okay.

Bola

Hari ni nak bercerita pasal Bola, bila kat Malaysia ni orang panggil sukan bolasepak tu 'bola' saja. Kat rumah, family aku cukup boring bila aku start buka channel bola, sampai anak-anak aku selalu kata; "ayah ni asyik bola bola bola", and my darling cuma sengih je la, sebab dia tau minat aku. Tapi bila sebut pasal Kelantan masuk final, dia amik tau jugak. Memang kuat gak aura bolasepak Kelantan ni.

Aku baru je telefon member nak dapatkan tiket final kot2 lah ada, dia kata tengok lah nanti kalau ada dia akan call aku nanti. One thing, tgk bola di stadium mmg seronok tapi bila Kelantan masuk final, aku lebih suka sebab ini lah masanya kita nak tengok stadium kita betul2 penuh, so aku boleh rasa apa yang penyokong2 bolasepak Eropah rasa. So, between Negeri Sembilan and Kelantan, off course la aku sokong Kelantan, and i think they play better football than nogori. Tetapi tentang penyokong, no comment.

Takpe la, nanti bila-bila aku free aku tulis lagi berkenaan bola, dan tentu sekali mengenai team favorite aku Liverpool, aku sampai sekarang aku belum lagi beli jersey yang sepatutnya aku beli, belum ada masa dan rezeki lagi.

Tuesday, October 26, 2010

Aurat Wanita

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah An-Nur, Ayat 31)


Pagi ini aku hendak mengimbau ingatan semalam apabila sorang kawan aku bertanyakan tentang nas Al-Quran berkaitan undang-undang yang dijalankan di Kelantan ke-atas wanita-wanita yang bekerja / berniaga di Kota Bharu iaitu tentang perhiasan dan pemakaian.

Aku sungguh cetek dalam perkara ini, setidaknya aku cuba memberi sedikit jawapan termampu daripada mendiamkan diri. Jadi, mungkin dari ayat tersebut kita boleh merujuk kepada yang arif dalam perkara ini dan mungkin ada nas2 lain atau hadith2 yang boleh menjelaskan perkara itu.

Secara amnya, kerajaan Kelantan yang didukung oleh para ulama semestinya lebih arif dan berpengetahuan dalam perkara2 seperti ini sebelum mereka menguatkuasakan sesuatu undang2 itu, bukan hanya semudah itu.

Pokoknya, apa salahnya sesuatu yang baik itu dilaksanakan, bukan hanya di Kelantan tetap ianya sepatutnya bermula dari rumahtangga kita sendiri. Wallahualam.

Monday, October 25, 2010

Ku Cari Damai Di Hati

Ketenangan. Itu lah yang sering di cari oleh kita. Ada orang sanggup mendaki gunung, memancing, berbasikal di hutan dan sebagainya untuk mendapatkan ketenangan dan keseronokan. Ia melebihi segala-galanya yang ada di muka bumi ini. Adakalanya orang sanggup berabis beringgit-ringgit demi untuk mencari ketenangan sedangkan ketenangan itu ada dalam hati kita sahaja.

Teringat semasa Hari Raya baru-baru ini, aku sempat menziarahi rumah nenek sedara ku di sebuah rumah lama di hujung kampung. Melihat keadaan rumah yang masih tidak terusik dan suasana riuh rendah anak-anak ku bermain di luar rumah seakan-akan membawa aku kembali ke tempat itu bertahun-tahun dahulu. Aku begitu tenang, tenang sekali. Melihat wajah nenek, dia begitu tenang, setenang suasana hari itu. Walaupun ketenangan seumpama itu hadir hanya seketika, aku cukup puas dengan ketenangan yang Kau berikan itu Ya Allah.

Hanya zikir kepadaMU lah penenang jiwa kami sebenarnya.

Cobaannn

Mengambil perkataan popular dari cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee... 'Cobaann'. Dalam ertikata Melayu adalah dugaan. Karya beliau sangat istimewa, banyak memberi pengajaran dan persediaan kepada kita. Beliau telah mengingatkan kita bahawa apa sahaja masalah yang menempuh kita adalah 'cobaannn' dan dugaan yang tentunya datang dari Allah SWT.

Hampir setiap hari aku berhadapan dengan 'cobaan-cobaan' yang pelbagai. Kalau difikir memang lah kusut fikiran, adakalanya tenang sahaja untuk dihadapi tetapi sekiranya kita berjaya mengatasi semua itu dengan kesabaran, balasannya sangat tak ternilai. Hati kita akan berasa puas dan senyum sampai ketelinga sekiranya dugaan-dugaan itu dapat kita hadapi atau atasi. Itu lah harga sesuatu dugaan atau 'cobaannn'.

Aku masih lagi berhadapan dengan semua itu, bahkan aku percaya semua orang mempunyai 'anugerah' Allah SWT ini. So, sama-sama lah kita menghadapinya dengan penuh kesabaran. Disebalik dugaan-dugaan itu pasti ada hikmahnya.. Wallahualam.

Sunday, October 24, 2010

9 to 5

Its a 'jail' for office guy like me. I have been in that cage for more than 13 years now. What should I do to get out of it? Give me the strength to stay alive in that cage or give me the alternative to get out.
Its just the feeling that we get nothing for doing something and get something for doing nothing. I need something 'ummphh' in my life.
Oh God, please help me to get outta here. I am dying inside.

Anak

Sesibuk mana manusia di muka bumi ini, mereka pasti tidak akan melupakan anak mereka. Sedang sibuk bercerita pasal bisnes kedai kopi pun mesti ada selit sikit cerita tentang anak.
Mana satu 'the best thing ever happen in your life?' Dapat anak ke dapat isteri?

Anak ni memang spesel, apa yang dorang mintak mesti kita cuba tunaikan, kalau tak dapat pun mesti tak mudah lupa dan sentiasa cuba untuk meng'ada'kan. So, sama lah jugak masa kita kecik-kecik dahulu.
Lagi satu spesel dorang ni, setiap kali aku lepas marah-marah dorang, aku akan rasa menyesal. Tapi, sebagai bapak, aku mesti keras hati, biar marah sekarang supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Friday, October 22, 2010

Dunia

Dalam keghairahan manusia mencari kemewahan hidup, aku masih teraba-raba dalam kesusahan hidup.
Dalam keghairahan manusia mencari santapan enak, aku masih terkira-kira duit poket bagai nak senak.
Dalam keghairahan manusia mencari kenderaan baru, aku masih berkerut-kerut memikirkan masalah mobil ku.
Dalam keghairahan manusia mencari rumah idaman, aku masih berkira-kira bagaimana nak membayar sewa bulanan.
Dalam keghairahan manusia menunaikan haji, aku masih lagi tidak mengenal Tabung Haji.
Dalam keghairahan manusia menambah ilmu, aku masih lagi tertunggu-tunggu.
Dalam keghairahan manusia mengejar impian, aku masih lagi berangan-angan.

Dunia sering membuat kita terkejar-kejar sedangkan akhirat sentiasa menunggu kita.
Aku? Dunia pun tak sempat nak kejar, akhirat pula entah ke mana.
Realitinya? Kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.
Praktikalnya? Apa yang dikejar dan apa yang mengejar pun entah di mana, yang pasti.. mati dan akhirat itu sangat pasti.

Thursday, October 21, 2010

Jumaat

Salam Jumaat. Banyak perkara yang menyeronokkan apabila Jumaat menjelang. Setengah orang suka bergurau tentang malam Jumaat dan setengah pula hampir tidak sabar menunggu tibanya Jumaat malam. Jadi, terpulanglah kepada mereka untuk 'menggayakan' hari Jumaat masing-masing.
Apa yang boleh aku cakap kat sini, Jumaat adalah hari di mana berhimpunnya para manusia Islam di masjid-masjid seperti 'rehearsal' kecil semasa di Padang Mahsyar kelak. Baik yang muda, tua, remaja, mat rock, mat rempit dsb akan berpusu-pusu ke masjid berdekatan untuk sama-sama ber'rehearsal' bersama-sama mat-mat surau dan tok-tok imam dan kalau ada rezeki boleh se'masjid' dengan raja.
So, sama-sama lah kita mencari apa yang patut di cari pada Hari Jumaat dan bukan sekadar mandi sunat jumaat atau potong kuku sahaja. Banyak yang tersurat dan banyak yang tersirat, hanya Allah yang tahu dan kita hanyalah para pencariMu ya Allah. Wallahualam.

Friday, October 15, 2010

Teh Tarik

Salam. Semalam aku jumpa seorang brader ni, 'customer' workshop kawan aku di USJ 1. Maka, selepas saja sampai di workshop, aku dan kawan aku pergi minum teh tarik bersama brader tu di sebuah restoran mamak berdekatan.

Cerita punya cerita akhirnya sampailah kami ke satu cerita yang aku agak tertarik. Cerita bermula apabila kawan aku bercerita tentang kisah dia melanggar seekor burung yang terbang lalu mati lah burung itu. Kawan aku saja-saja ingin tahu mana lah tahu ada makna di sebalik kejadian itu. Kebetulan?


Apalagi, brader tadi terus memberikan hujah bahawa tiada sesuatu pun yang berlaku secara kebetulan. Semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya. Tentang makna, mungkin orang yang cukup ilmu boleh mentafsirkannya.


Aku tertarik apabila brader itu menceritakan tentang mendaki gurung everest. Setiap laluan naik ke gunung itu mempunyai laluan yang berlainan walaupun matlamat yang sama iaitu sampai ke puncak. Begitu juga dengan pandangan manusia, walaupun kita memandang objek yang sama, tetapi setiap sudut mempunyai gambaran yang tidak sama. Setiap manusia mempunyai perjalanan dan pandangan berbeza.


Maka, begitu lah juga dalam kehidupan kita sehari hari dan di tempat kerja. Pendek kata, apa yang aku nak kata ialah walaupun aku hanya duduk sekitar 20 minit di meja teh tarik, aku rasa mendapat sesuatu ilmu yang begitu baik sekali untuk hari itu.


No more cakap kosong 'but just say it'. Apa yang terdetik di hati untuk kita berkata-kata itu mungkin berguna untuk didengar oleh orang lain.