Thursday, May 19, 2011

Sekolah Halamanku


Salam. Diam tak diam, sekolah aku sudah berumur 30 tahun. Baru-baru ini sambutan di buat di sekolah aku dimeriahkan oleh guru-guru kami, senior junior dan sahabat handai.

Agak terkilan sedikit tidak dapat turut serta, terutama apabila kelihatan ramai guru-guru lama kami yang hadir. Apa yang penting, doa untuk semua guru tidak dilupakan, jasa mengajar anak Muslim menjadi manusia yang berguna. Terima kasih Cikgu semua.


Sekolah Halamanku

Banyak perkara berubah rupa,
Mengingatkan aku pelbagai perkara,
Suka duka riang gembira,
Di mana tersimpan beribu rahsia.

Teringat al-kisah suasana silam,
Terpaksa berusaha di dalam diam,
Semua perasaan terpaksa dipendam,
Asalkan ibu tidak bermuram.

Susah payah ditanggung sendiri,
Untuk berdikari menyara diri,
Terkadang terpaksa malukan diri,
Untuk rezeki dan juga simpati.

Banyak silap dan banyak salah,
Semata tidak mengaku kalah,
Begitu kiranya adat bersekolah,
Bukan tempat untuk berkelah.

Tempat itu banyak mengajar,
Bagaimana berlari juga mengejar,
Bermacam cara tunjuk ajar,
Jangan sekali terkurang ajar.

Sesekala terkenang sekolah halaman,
Teringat sungguh teman dan rakan,
Ramai bersopan dan sepengalaman,
Aneka angkara jadi tauladan.

Doa guru takkan dilupa,
Jasa membimbing anak bangsa,
Ibarat mereka satu keluarga,
Tak pernah jemu menegur kita.

Cemburu masa mencelah kita,
Untuk bersua bertentang mata,
Tugas menanti hari yang sama,
Takdir Ilahi penentu segala.


Salah dan silap pinta maafkan,
Guru semua, rakan dan taulan,
Ada terambil ada termakan,
Harap-harap dapat halalkan.


Begitu kisah dahulu kala,
Mengajar kita mencari pahala,
Sesekali tidak menjadi alpa,
Halaman bermula serumpun PERMATA.


Begitulah kisahnya hidup di sekolah itu, kekadang tersenyum sendiri mengingatkan kisah silam yang banyak mengajar aku menjadi manusia. Adakalanya perjalanan ketika itu ditempuh begitu saja semata-mata untuk pengalaman.

InsyaAllah, kalau ditanya semua mereka, sebilangan besar tentunya merindui zaman itu, zaman kita belajar mengenal masalah, mengenal susah, mengenal kawan, mengenal kesalahan, mengenal kebaikan dan mengenal kegembiraan. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang seumpama itu, kehidupan di situ memang inspirasiku.

Al-Fatihah juga kepada guru-guru, rakan-rakan, kenalan-kenalan yang telah meninggalkan dunia ini, semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Tidak lupa, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku. You guys memang best!

Nota : Aku adalah bekas pelajar sekolah ini (1984-1988), berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dari Sekolah California State di Sacramento. Tanpa pertolongan Allah SWT, IbuBapaku, guru-guru dan kawan-kawan, aku tidak mungkin selangkah ini. Terima Kasih.

Tuesday, May 17, 2011

My Sports Channel


Salam, citer bola memang seronok, tengok bola lagi seronok, main bola semestinya seronok tapi bila dah umur masuk 4-series ni, hati je yang sampai bila kejar bola, sampainya tak sampai-sampai.

Akhirnya, BPL sudah hampir berakhir, dan Liverpool confirm tak dapat join next UCL. Terima kasih kepada Mr. Daglish aka King Kenny untuk terus bersama kelab favorite aku ni. Di manakah silapnya sebelum ini?

Pendapat peribadi aku, amatlah menjadi kesilapan kepada kelab-kelab hebat untuk mengambil jurulatih2 yang letih macam Roy Hodgson ataupun Avram Grant untuk menerajui kelab-kelab yang sedang meningkat coz dorang ni lebih kepada 'trouble shooter'. Liverpool was not in trouble, Liverpool was defending the championship record. Maybe aku bukan pandai, tapi dah berpuluh tahun aku follow kelab Inggeris ni, they did the same mistake when hiring Graeme Souness dulu, dari kelab gah menjadi biasa-biasa jer. Liverpool should have more than 20 BPL championships then. Setakat team 'devil' tu, memang makan asap je la.

Apo apo pun, aku optimis.. 2 years from now, Liverpool should be the most feared club in Europe by reclaiming all the tittles namely BPL and UCL with the new line of young superstars in the making. YNWA.


Adoii, interruption of Astro service... my sports channel ku... rupanya aku tak bayar govt tax jer. Cis berkira betul Astrotolo ni...


Corat Coret


Salam kepada aku, salam kepada semua dan Al-Fatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita.

Agak seketika jugak aku tak menaip dalam blog aku yg tak sapa pun tau dan serba tak canggih ni. Bukan apa, kita ni pelupa kekdang tuh, jadi kena adalah sesuatu untuk ditulis supaya sonang nak ingat ketika kita lupa kelak, mintak-mintak Allah jauhkan kami dari sifat nyanyuk.

Mutaakhir ini aku berganjak sedikit dari takuk lama, berpindah suasana kepada pekerjaan yang baru. Mungkin ini lah rezki yang Allah berikan, sesuai dengan kehendak aku yang sukakan sesuatu yang 'simple', aku masih lagi mengekalkan konsep pergi keje tanpa kemeja & bertali leher etc. Kalau sekali pandang, memang gaya 'mat despatch' pergi keje, kapchai ex5 + tong belakang motor + pakai riding glove (jauh riding).

Apa-apa pun, sama ada selesa atau tidak, pandai-pandai lah kita menyelesakan diri kita, yang penting, dapat rezeki yang halal untuk anak-anak mengaji supaya boleh jadi hafiz atau hafizah satu hari nanti, kurang2 pun jadik doktor.

Well, dengan adanya sumber rezki baru ini, aku harap aku dapat menyumbangkan seluruh tenaga kerja aku untuk syarikat ini supaya berkembang maju dan terkenal hingga ke seantero dunio (mana tahu niat boleh jadik kenyataan). At least but not least, aku terpaksa ada opis sendiri sebab kat opis ni, semua orang kena dok dalam office sendiri. Satu hari nanti pun semua orang ada opis sendiri gak tapi special sikit, kat dalam tanah, siap ada PA lagi, 2 malaikat Allah.

Apo apo pun, selamat maju jaya la untuk aku. Yang penting setakat ini, aku berjaya jadik orang, minta dijauhkan jadik sampah masyarakat. Harap dapat memberi sumbangan kepada negara walaupun sedikit.

Sekian anak-anak untuk hari ini. Wallahualam.

Wednesday, February 23, 2011

10 to bedtime

Salam. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi, saat-saat yang paling tenang untuk berfikir apa yang berlaku semalam dan apa yang bakal berlaku pagi nanti, dikala putera puteriku sedang bermimpi melepaskan penat seharian bersekolah dan bermain, sesekala bangun mengigau, ada yang menangis, ada yang berjalan dan tak kurang ada yang 'mengompol', menemani malam sunyiku dihadapan notebook pinjam ku ini.

Hari yang begitu padat semalam, sekali lagi aku menjadi supir isteriku menjalankan tugas luarnya. Dalam kesibukan itu, sempat aku berjumpa kawan baikku, diakhiri dengan meronda-ronda di Pertama Complex. Hari ini, aku terpaksa menghadiri ujian temuduga di KL, tak sempat aku nak fikir apa soalannya nanti, jenuh mengambil peperiksaan itu ini sepanjang hidupku, takpelah.. mana lah tau kali ini ada rezeki, kebanyakan orang ada 'cable', bak kata kawanku, cable kita lagi besar... Allah SWT. Pertolongan Allah SWT pasti datang, yang tak baik adalah terbaik untuk kita dan maybe yang baik itu tidak terbaik untuk kita.

Kita sebagai manusia lemah hanya mampu berdoa dan berusaha sebaiknya. Segalanya datang dariNya, Subhanallah... Mata aku dah layu, meraba-raba keyboard mencari huruf, semoga hari esok hari yang baik untukku. Selamat Malam semua... Wallahualam.

Tuesday, February 22, 2011

Bob

Salam. Alkisah Bob juri raja lawak @ penulis lirik @ pelakon telah mendapat hidayah perjuangannya. Tahniah. Walau apa sebabnya, sudah tentu ke arah kebaikan. Aku tertarik akan kata-katanya, Mesia dulu terikat dengan Perikatan dan kini kaku dalam barisan.

Maka begitulah anak-anakku, Parti yang ayah suka cap bulan ini (bukan cap ayam ok), sering menerima hamba Allah yang begitu berkualiti, baik rockers, baik artis, baik pendakwah dan sebagainya. Sesuatu yang baik adalah untuk yang baik (betul ke my philosophy ni?)

Kata orang, "eh! aku tak nak campur politik", hmm... yang kita mentedarah selama ni dari ubi kayu ke KFC kemudian ke Nandos kemudian ke Paris etc. bukan atas dasar pergerakan politik ke? Apa jadahnya.. (bak kata Wan Kamaruddin)

Senang gini, tak suka politik dok diam-diam dalam hutan, jangan dok sibuk pergi pangkah salah parti (hanya dari gimik dan slogan sahaja), sebab itu kita kena ambil tahu pasal politik kerana salah pilih rosak binasa (not refundable), ibarat salah pilih underwear kat 'The Ross' di Sacramento dulu. Bila salah pilih, mula lah nak menyesal bila harga RON Atkinson naik, at the end the 'Fat Lady' is singing dengan riang hati.

Begini lah anak-anakku, bila dah besar panjang nanti InsyaAllah kamu semua akan faham apa yang 'ur daddy' tulis kat sini. Wallahualam.


Februari


Selawat ke atas Junjungan kita Rasulullah SAW, 12 Rabiulawal jatuh dalam bulan ini. Bulan ini juga bulan terakhir aku bekerja di syarikat yang kucintai (kucingtaik - dalam bahasa indon), hari lahir anakku Atif (happy birthday sayang - walaupun aku sebenarnya dah sambut pada bulan Safar yang lalu), keretaku rosak lagi, panggillan temuduga yang bertahun kutinggalkan dan perkara remeh temeh harian kami.

Dari sudut politik pulak, Tunisia dan Mesir jatuh ditangan rakyat (Tahniah!), pilihanraya Tenang ditambah pulak dengan kematian adun 'Barang Naik' di Merlimau dan Kerdau. Terbaru! Bob Lokman masuk PAS (Takbir!)
Bencana pula, Johor dilanda banjir (bala ke? mungkin gak sebab kuat sangat sokong 1Malaysia, wallahualam)

Banyak betul perkara berlaku dalam bulan ini, sungguh 'packed' seolah-olah 2 kali ganda dari penat bekerja sebelum ini. Rasa macam ada 50 hari je dalam kalender Februari ini.

Walau baik atau buruk, walau aku suka atau tidak, semuanya datang dari Allah jua, dan aku hanya menerima dengan redha dan syukur tak terhingga. Perencanaan Allah tiada taranya. Wallahualam.

Rezeki

Salam. Dulu aku rasa gementar apabila sebut sahaja pasal berhenti kerja. Eh! mana nak cari duit? eh! macam mana nak bayar yuran sekolah anak2 kalau tiada gaji? eh! macam mana nak cari kerja dalam masa yang singkat? eh itu dan eh ini.
Aku yakin Allah SWT mendengar isi hatiku, harapanku untuk menghadapi dunia baru pada umur 40. Alhamdulillah, dengan takdirnya, aku dipecat dari kerjaku tanpa satu alasan yang munasabah, sepertinya aku yang berkhidmat selama 8 tahun dilayan seperti baru bekerja 8 hari, diberi notis yang sangat pendek sekali.
Entah kenapa, tenang sahaja aku menerimanya seolah-olah gerak hati aku sudah mendahului aku.
Kini, aku sedang melihat dunia yang lebih luas dari dunia pejabatku yang sempit dan berhabuk. Allah SWT membentangkan dunia yang luas untuk hambanya, dan terpulang lah kepada aku bagaimana untuk melakarnya. Jangan risau anak-anakku, rezeki itu ditangan Allah SWT dan ayah hanyalah perantara dan pemegang amanahNya sahaja. Wallahualam.

Thursday, February 3, 2011

Time to move on

Salam. I was surprised by new development in my kantor recently. No word can say how I feel at that time. Mixed feelings came around me which made me kinda numb and speechless. I had to have positive thinking and move forward as per clock rotation. What was expected is happening and I have to be strong, very strong mentally and in good motivation mode. Only God knows my future and my fate, and always the best out of me. Only Allah knows the cycle of my life.

It is always hard to be a man of the family and a father of my children. I pray that Allah is fulfilling my prayer to have a better life ahead. Yeah, I have to think positive and move forward like every successful person do and leave the past in good memory.

Thank God for giving me the strength to me and my wife to face our life ahead. I love God and my family. Bless me Ya Allah, give me the strength to step ahead and the patience to face all the possible challenges in this world.

Saturday, January 22, 2011

Weekend

Salam. Tak banyak progres minggu ni, mungkin kerana aku agak demam dan banyak habiskan masa berehat, duduk, baring dan buat semua benda yang malas. Anak-anakku pula terpaksa pergi sekolah ganti dan terlibat dengan aktiviti merentas desa. Yes, sesuatu yang membuat aku bangga dan teringat zaman aku kecil dulu, anakku berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acaranya. Something to proud about. Dalam hidup tak semestinya kita kena berjaya dalam pelajaran sahaja, semua bidang kena berkebolehan, tak semestinya terhebat tetapi sekadar mengambil tahu atau mengambil bahagian sudah kira cukup baik.
Well, anak-anakku dah bangun. Lain weekend aku tulis lagi. Time for them is more important than facing this screen... till next time.

Tuesday, January 18, 2011

Salam Tahun Baru

Salam Tahun Baru, terpulanglah kepada sesiapa yang nak menyambut tahun baru Masehi ataupun Hijriah. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita fikir untuk praktik yang mana satu. Tetapi, kalau kita tidak praktik secara hijriah, maka secara perlahan tahun hijriah akan dilupakan, manusia akan ingat hanya untuk menyambut Ramadhan dan Syawal sahaja.

Azam aku sama sahaja setiap tahun, 'To be a better muslim, father, husband & son'. Bukan senang nak capai azam kita. Itu cuma nak jadi lebih baik sahaja, nak capai yang terbaekk, memang susah.

Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi aku peluang untuk berjumpa dengan umurku sekarang. Kekadang aku cemburu dengan mereka yang diberikan umur yang panjang terutamanya para-para ulamak, bestnya... harap-harap Allah dapat berikan aku umur yang panjang, dapatlah beramal dan bertaubat.

Sifir aku sejak dulu, aku tidak berfikir berapa lama aku dah hidup tetapi 'berapa lagi kita akan hidup?'

Tahun baru, biasa lah... kesibukan anak-anak bersekolah semula, jadual harian terpaksa disusun semula, begitulah sibuknya hidup di Kota yang penuh lumpur ni.

Kepada semua, selamat tahun baru. semoga azam kita sama-sama diusahakan dan bersabar dengan dugaan. Aminnn....