Friday, March 22, 2013
FreeRide
Salam. Detik angan-anganku menjadi kenyataan. Mungkin sebagai hadiah ulangtahunku ke-42. Untuk pertama kalinya aku menyertai 'konvoi bermotosikal'. Walaupun destinasi hanya ke Melaka, tetapi ianya satu pengalaman yang sangat berharga. Apa yang boleh ku rumuskan ialah:
1. Aktiviti yang sihat
2. Menambah kenalan
3. Ketenangan
4. Menambah keyakinan diri
5. Terasa bebas
6. mendisiplinkan diri
Walaupun hanya sekadar bermotosikal jenis skuter 200cc, tapi dengan 'ride' yang agak santai memang sangat menarik.
Di akhir perjalanan pulang, kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan hujan.
Alhamdulillah, dengan berkat doa, keyakinan dan kekuatan rakan-rakan sekonvoi, aku berjaya mengakhiri 'riding'ku dengan jarak 385km.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar doa hatiku.. dan aku berazam untuk menyertai 'ride-ride' yang seterusnya.
Bak kata group ini... 'whenever we free, we ride' - FreeRider.
Keluarga seharusnya diutamakan lebih dari yang lain. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana peluang yang Kau berikan kepadaku.
Pencarian
Salam.. Pada usia ini aku masih mencari-cari kehidupan dunia yang tidak pernah selesai. Masih tiada pencarian yang hakiki ku mulakan hanya sekadar rujukan di internet. Tiada masa.. tiada ruang masa.. tiada masa lapang... alasan.. alasan.. alasan... apakah pengakhiran hidupku? benarkah langkahku... silapkah langkahku.. Hanya satu yang kucari.. kasih sayangku kepadaMU ya Allah...
Thursday, March 14, 2013
Motivasi Tahun Baru
1. Menjadi Hamba yang sentiasa taat menurut perintah Allah SWT
2. Menjadi Insan yang versatile dan mudah mesra
3. Mencapai 'brek-even' dalam kewangan bulanan peribadi
sehingga kini...
2. Menjadi Insan yang versatile dan mudah mesra
3. Mencapai 'brek-even' dalam kewangan bulanan peribadi
sehingga kini...
2013
Salam 2013... hari lahir ku yang ke 42 baru saja berlalu 5 hari yang lalu... Alhamdulillah hampir buat pertama kalinya sudah sesekian lama, aku menyambutnya bersama keluarga tersayang dengan cara yang paling sederhana. Pertama kali setelah sekian lama, aku mempunya sedikit wang dalam poketku dihari lahirku.. Alhamdulillah ya Allah.. semuga umurku sentiasa diberkatiMU ya Allah.
2013 bermula dengan banyak perkara dalam kepalaku... aku terfikir tentang:
Akhir zaman
----------------
Banyak perkara yang hanya terfikir dikepala mula kutemui satu persatu dan masih mencari... bagaimana tipu helah dajal menyusun semua cara hidup manusia dimuka bumi ini hingga segala perancangan Dajjal hampir menjadi realiti.. Persoalannya... bagaimana kita hendak menghadapinya?
Pengaruh Wahhabi
-------------------------
Satu pengaruh yang lama cuma hanya popular mutaakhir ini di Malaysia dengan wujudnya 'keyboard2 warrior' yang cuba berkongsi pengaruh ini dihalaman sosial atau blog dimana sungguh membimbangkan. Persoalannya.. bagaimana kita nak mengenal pasti Pengaruh ini?
PRU 13
----------
Aku mula menjauhkan diri dari mengikuti kempen2 alam maya yang begitu banyak menyalahkan satu sama lain. Aku tetap istiqomah dengan pilihanku demi pembangunan Islam.. Persoalannya... adakah kita bersedia untuk kerajaan yang baru?
Punca Rezeki
------------------
Aku hanya mampu berdoa yang Allah swt untuk mengurniakan rezeki yang terbaik untuk kita.
Hala tuju anak-anak
--------------------------
Aku rasa sudah sampai masa untuk aku berfikir tentang hala tuju anak2... sekolah sekular? sekolah pondok? Tahfiz?
Hobi Baru
-------------
Sedikit sebanya banyak perkara yang aku idamkan tercapai. Aku berjaya mengikut konvoi ke Melaka dengan kuda siput gondang ku....Sym GTS200 yang baru ku beli pada November 2012 yang lalu.
Mata sudah layu... menyusuri malam yang sunyi sepi... semoga Allah menguatkan iman.. dan memberkati rezekiNya
![]() |
| Muzium Seri Menanti - March 2013 |
Wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)

