Tuesday, May 29, 2012

2012

Salam, sebelum 2012 melangkah jauh elok lah aku corat coret disini serba sedikit apa yang ada dalam tahun 2012 ini :

1) Dah setahun lebih aku bekerja di tempat baru.
2) Atif sudah mula bersekolah di Tadika.
3) Alya sudah pandai bercerita.
4) Isteri kesayangan ku hamil buat kali ke-5 (Expected : June/July)
5) Pertama kali kami sekeluarga ke Fraser's Hill
6) Koperasi Bekas Pelajar MRSM Muar ditubuhkan (dilantik sebagai ALK)
7) Pindah ke rumah baru (rumah sewa jugak..) setelah 8 tahun tinggal di rumah lama.
8) Honda ku dah abis dibayar.. Alhamdulillah...
9) Liverpool gagal ke UCL lagi... Daglish kena sacked..
10) Hmm... aku pun dah lupa daa... yang lain-lain berlaku atas TakdirNya.. menurut kawan aku.. Ustaz kata... Allah bagi apa yang perlu bagi kita dan bukan apa yang kita mahu.. Wallahualam...

Harapanku dan azamku di tahun baru... Amal Makruf Nahi Munkar... Doaku.. semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Ibubapaku sentiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu.. dan kami semua dikuatkan iman dan dipermudahkan rezeki dan seterusnya mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

Esok aku ada kursus Koperasi... so.. that's all for today.. Bila-bila rajin aku menulis lagi.. Allahu Akbar!