Thursday, November 18, 2010

Salam Jumaat

Salam Jumaat sekali lagi. Hari ni bermula dengan gugup sekali. Ibarat lebai malang, nak ambil direction sini pun salah, sana pun salah, sini jammed, sana pun jammed. Alhamdulillah, sampai juga ke Sungai Besi.

Baru saja nak 'start' aku punya X5.. opss EX5, tayar pulak pancit. Terpaksalah aku gagahkan ke Petrol Station berdekatan. Alahai, memang sah bocor. Hmm.. ku pikir kena lah aku 'exercise' pagi ni menolak moto ku ke bengkel yang agak jauh boleh tahan. Mujur lah 'apek' kedai moto sebelah petrol station tu jerit kat aku. Alhamdulillah, baru ku tahu rupanya ada sebuah kedai moto usang berhampiran.

Sebenarnya banyak hikmah tersembunyi yang kita sendiri tak tau apabila kita menempuh sesuatu musibah. Tak pasal-pasal aku dapat new brake cable, baru lah rasa safety sket.

Setiap masa aku akan sentiasa berfikir, apa sebab jadi begini, jadi begitu, kebanyakannya dugaan lah, semuanya ada sebab musababnya dan semuanya tidak terlepas dari pengetahuan yang Maha Esa. Dijadikan nyamuk yang kecil itu pun ada sebabnya.

So, untuk kita mendengar sesuatu yang baik untuk hari ni, ayuh kita ke Masjid mendengar khutbah sebelum kita sama-sama berhimpun untuk sujud kepada Dia yang Menciptakan Adam A.S pada hari Jumaat yang mulia ini.


Pengorbanan

Takbir Raya. Itulah takbir bermulanya hari raya, Raya Haji atau Raya Puasa. Sekarang ni tak macam dulu-dulu, takbir raya di TV hanya sehari dua sahaja. Tapi takpe lah, kita bertakbir sendiri lebih bagus.

Hari Raya Haji juga di panggil Hari Raya Korban. Anak perempuan aku ada bercakap, "kenapa nak bunuh lembu banyak-banyak? Kesian.. Lagipun nanti bila Raya lagi, dah habis lah lembu-lembu tu semua". Begitu lah pemahaman budak-budak.

Kita memang tak buat sebagaimana Nabi Ibrahim A.S buat kepada kepada Nabi Ismail A.S tetapi korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S membawa makna yang besar dalam kehidupan kita dan ketaatan kita kepada perintah Allah SWT.

Kita boleh juga ambil perkara ini sebagai suatu pergorbanan contohnya seperti pengorbanan ibu bapa kita untuk membesarkan kita. Contoh terdekat, isteri aku setiap pagi akan bangun awal untuk menyiapkan segala keperluan aku sekeluarga. Dia sanggup tidak tidur semata-mata untuk menyediakan juadah makan pagi raya. Walaupun ada lah sikit-sikit aku menolong tapi takleh lawan lagi apa yang dia buat semua tu.

Well, kepada aku yang bukan jenis ada duit nak berkorban 'lembu', aku rasa masih banyak lagi pergorbanan yang perlu dilakukan. Allahyarham P. Ramlee seperti lagunya, "Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa", membawa maksud yang sangat mendalam. Sama-samalah kita cari.

Thursday, November 11, 2010

Ketenangan

Ketenangan. Itu lah sebenarnya antara yang akan membuat manusia seperti aku perlukan. Seringkali aku dok pikir, apakah yang membelenggu fikiran aku? Duit? aku rasa itu bukan jawapan yang tepat. Masalah hidup? Biasalah masalah, semua orang ada masalah. Kerja? For sure semua orang ada beban kerja. Cuma kerja sedikit sebanyak menyumbang kepada ke tidaktenangan jiwa. Apa tidaknya, most of the days, hours, minutes... kerja kerja kerja.




Al-Fatihah

Salam Jumaat sekali lagi. It's been a while since my last posting. I have been busy with my reports and office craps.

Malam Ahad yang lepas, kemenangan Liverpool ke atas Chelsea membuatkan aku rasa agak ceria setelah beberapa ketika menyaksikan kekalahan the Reds. Ianya suatu kejutan yang menarik.

Pagi Isnin, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan lama, Rashidi Ramli @ Boyan yang meninggal dunia disebabkan sakit buah pinggang. Allahyarham seorang yang amat disenangi oleh kawan-kawan disebabkan oleh sifat peramah dan mesranya. Al-Fatihah utk Allahyarham dan Takziah untuk keluarga.

Pagi Selasa, aku dikejutkan sekali lagi dengan kematian Bapa Saudaraku, Misnan Zaini @ Pak Uda yang meninggal secara tiba-tiba di rumah Allahyarham. Allahyarham sememangnya telah mengalami beberapa penyakit yang kami sangka tidak begitu serius. Tetapi itu lah maut, ianya datang pada bila-bila masa. Mujur lah aku sempat melihat wajahnya buat kali terakhir ketika kapan kepalanya dibuka sebelum diturunkan ke liang lahat.

Pak Uda sememangnya rapat dengan keluarga kami terutamanya semasa aku kecil lagi di mana beliau sering mengikuti perkembangan pelajaran aku sejak di sekolah rendah lagi. Allahyarham sememangnya seorang yang sering mementingkan pelajaran dan masa depan anak-anak dan anak-anak buahnya. Barangkali pengalaman lalu beliau membuat beliau lebih cenderung ke arah itu. Aku berharap Mak Uda dan anak-anak dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun tanpa Pak Uda seperti biasa. Al-Fatihah sekali lagi untuk Allahyarham Boyan dan Pak Uda.