Salam Jumaat sekali lagi. It's been a while since my last posting. I have been busy with my reports and office craps.
Malam Ahad yang lepas, kemenangan Liverpool ke atas Chelsea membuatkan aku rasa agak ceria setelah beberapa ketika menyaksikan kekalahan the Reds. Ianya suatu kejutan yang menarik.
Pagi Isnin, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan lama, Rashidi Ramli @ Boyan yang meninggal dunia disebabkan sakit buah pinggang. Allahyarham seorang yang amat disenangi oleh kawan-kawan disebabkan oleh sifat peramah dan mesranya. Al-Fatihah utk Allahyarham dan Takziah untuk keluarga.
Pagi Selasa, aku dikejutkan sekali lagi dengan kematian Bapa Saudaraku, Misnan Zaini @ Pak Uda yang meninggal secara tiba-tiba di rumah Allahyarham. Allahyarham sememangnya telah mengalami beberapa penyakit yang kami sangka tidak begitu serius. Tetapi itu lah maut, ianya datang pada bila-bila masa. Mujur lah aku sempat melihat wajahnya buat kali terakhir ketika kapan kepalanya dibuka sebelum diturunkan ke liang lahat.
Pak Uda sememangnya rapat dengan keluarga kami terutamanya semasa aku kecil lagi di mana beliau sering mengikuti perkembangan pelajaran aku sejak di sekolah rendah lagi. Allahyarham sememangnya seorang yang sering mementingkan pelajaran dan masa depan anak-anak dan anak-anak buahnya. Barangkali pengalaman lalu beliau membuat beliau lebih cenderung ke arah itu. Aku berharap Mak Uda dan anak-anak dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun tanpa Pak Uda seperti biasa. Al-Fatihah sekali lagi untuk Allahyarham Boyan dan Pak Uda.

No comments:
Post a Comment