Takbir Raya. Itulah takbir bermulanya hari raya, Raya Haji atau Raya Puasa. Sekarang ni tak macam dulu-dulu, takbir raya di TV hanya sehari dua sahaja. Tapi takpe lah, kita bertakbir sendiri lebih bagus.
Hari Raya Haji juga di panggil Hari Raya Korban. Anak perempuan aku ada bercakap, "kenapa nak bunuh lembu banyak-banyak? Kesian.. Lagipun nanti bila Raya lagi, dah habis lah lembu-lembu tu semua". Begitu lah pemahaman budak-budak.
Kita memang tak buat sebagaimana Nabi Ibrahim A.S buat kepada kepada Nabi Ismail A.S tetapi korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S membawa makna yang besar dalam kehidupan kita dan ketaatan kita kepada perintah Allah SWT.
Kita boleh juga ambil perkara ini sebagai suatu pergorbanan contohnya seperti pengorbanan ibu bapa kita untuk membesarkan kita. Contoh terdekat, isteri aku setiap pagi akan bangun awal untuk menyiapkan segala keperluan aku sekeluarga. Dia sanggup tidak tidur semata-mata untuk menyediakan juadah makan pagi raya. Walaupun ada lah sikit-sikit aku menolong tapi takleh lawan lagi apa yang dia buat semua tu.
Well, kepada aku yang bukan jenis ada duit nak berkorban 'lembu', aku rasa masih banyak lagi pergorbanan yang perlu dilakukan. Allahyarham P. Ramlee seperti lagunya, "Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa", membawa maksud yang sangat mendalam. Sama-samalah kita cari.

No comments:
Post a Comment