Salam. Dulu aku rasa gementar apabila sebut sahaja pasal berhenti kerja. Eh! mana nak cari duit? eh! macam mana nak bayar yuran sekolah anak2 kalau tiada gaji? eh! macam mana nak cari kerja dalam masa yang singkat? eh itu dan eh ini.
Aku yakin Allah SWT mendengar isi hatiku, harapanku untuk menghadapi dunia baru pada umur 40. Alhamdulillah, dengan takdirnya, aku dipecat dari kerjaku tanpa satu alasan yang munasabah, sepertinya aku yang berkhidmat selama 8 tahun dilayan seperti baru bekerja 8 hari, diberi notis yang sangat pendek sekali.
Entah kenapa, tenang sahaja aku menerimanya seolah-olah gerak hati aku sudah mendahului aku.
Kini, aku sedang melihat dunia yang lebih luas dari dunia pejabatku yang sempit dan berhabuk. Allah SWT membentangkan dunia yang luas untuk hambanya, dan terpulang lah kepada aku bagaimana untuk melakarnya. Jangan risau anak-anakku, rezeki itu ditangan Allah SWT dan ayah hanyalah perantara dan pemegang amanahNya sahaja. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment