Friday, March 22, 2013

FreeRide


Salam. Detik angan-anganku menjadi kenyataan. Mungkin sebagai hadiah ulangtahunku ke-42. Untuk pertama kalinya aku menyertai 'konvoi bermotosikal'. Walaupun destinasi hanya ke Melaka, tetapi ianya satu pengalaman yang sangat berharga. Apa yang boleh ku rumuskan ialah:

1. Aktiviti yang sihat
2. Menambah kenalan
3. Ketenangan
4. Menambah keyakinan diri
5. Terasa bebas
6. mendisiplinkan diri

Walaupun hanya sekadar bermotosikal jenis skuter 200cc, tapi dengan 'ride' yang agak santai memang sangat menarik.
Di akhir perjalanan pulang, kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan hujan. 

Alhamdulillah, dengan berkat doa, keyakinan dan kekuatan rakan-rakan sekonvoi, aku berjaya mengakhiri 'riding'ku dengan jarak 385km.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar doa hatiku..  dan aku berazam untuk menyertai 'ride-ride' yang seterusnya. 

Bak kata group ini... 'whenever we free, we ride' - FreeRider. 

Keluarga seharusnya diutamakan lebih dari yang lain. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana peluang yang Kau berikan kepadaku.






No comments:

Post a Comment