Friday, October 15, 2010

Teh Tarik

Salam. Semalam aku jumpa seorang brader ni, 'customer' workshop kawan aku di USJ 1. Maka, selepas saja sampai di workshop, aku dan kawan aku pergi minum teh tarik bersama brader tu di sebuah restoran mamak berdekatan.

Cerita punya cerita akhirnya sampailah kami ke satu cerita yang aku agak tertarik. Cerita bermula apabila kawan aku bercerita tentang kisah dia melanggar seekor burung yang terbang lalu mati lah burung itu. Kawan aku saja-saja ingin tahu mana lah tahu ada makna di sebalik kejadian itu. Kebetulan?


Apalagi, brader tadi terus memberikan hujah bahawa tiada sesuatu pun yang berlaku secara kebetulan. Semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya. Tentang makna, mungkin orang yang cukup ilmu boleh mentafsirkannya.


Aku tertarik apabila brader itu menceritakan tentang mendaki gurung everest. Setiap laluan naik ke gunung itu mempunyai laluan yang berlainan walaupun matlamat yang sama iaitu sampai ke puncak. Begitu juga dengan pandangan manusia, walaupun kita memandang objek yang sama, tetapi setiap sudut mempunyai gambaran yang tidak sama. Setiap manusia mempunyai perjalanan dan pandangan berbeza.


Maka, begitu lah juga dalam kehidupan kita sehari hari dan di tempat kerja. Pendek kata, apa yang aku nak kata ialah walaupun aku hanya duduk sekitar 20 minit di meja teh tarik, aku rasa mendapat sesuatu ilmu yang begitu baik sekali untuk hari itu.


No more cakap kosong 'but just say it'. Apa yang terdetik di hati untuk kita berkata-kata itu mungkin berguna untuk didengar oleh orang lain.


No comments:

Post a Comment